Monday, 12 November 2012

Koakademik Persatuan Bahasa Malaysia


Pertandingan Mendeklamasi Sajak Sempena Sambutan Hari Malaysia







Jalur Gemilang

Berkibar gagah saat 31 Ogos 1957
Asal usulmu hampir dilupai
Identiti baru lahir pada 31 Ogos 1957
Namamu bertukar menjadi Jalur Gemilang

Dua kali Everest kamu kunjungi
Magendran dan rakan pembuka tirai
Tanda membawa semangat kami

Sekali samudera kau harungi
Dato' Azhar Mansor kau temani
Sebagai bukti kecekalan hati
Hingga kini mekar di hati

Antartika juga kau singgahi
Bersama berkelana dua insan berani
Sekali lagi bersama pemimpin yang dicintai

Proton Wira di Artik diiringi
Saksi keupayaan kami
Menguasai teknologi

31 Ogos 2001 peneman Shamsulrijal Shamsuddin
Menjadi penglipur hati
Tatkala Satria GTnya dikulai salji
kau menjadi penyambut
Abdul Malik Maidin di penjuru Selat Inggeris

Dirimu peneraju dunia 
Berkibar mencelah waktu hujan peluru 
Penobat keamanan penenang huru-hara
Menjadi sandaran saudara sedunia
Mendapat penghormatan segenap bangsa teraniaya

Kau semakin matang
Membawa cita-cita kami
Cemerlang Gemilang Terbilang
Agar hidup membawa erti

My Profile

Saidatul Badriah Hj. Mokhtar,.
D20112056460..